Friday, November 26, 2010

Para pengunjung yang dihormati

Untuk pengetahuan tuan-tuan, puan-puan, saudara serta saudari, ada entri yang saya paparkan tidak diletakkan jumlah maharnya. Jadi kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya untuk maklumat lanjut. Jumlah mahar bagi entri-entri lain juga boleh dirunding.Terima kasih.

Loket dan Cincin dari Alam Bunian



Loket dan cincin ini diperoleh dari seorang sahabat baik saya yang telah melakukan aktiviti 'menarik' medium ini dari alam bunian di Kota Tinggi, Johor. Untuk dimahar kepada sesiapa yang berminat. Sila hubungi saya, terima kasih.


Kulit Kijang Putih Yang telah diwafak





Untuk dimahar kepada sesiapa yang berminat. Sila hubungi saya, terima kasih.

Buntat buah



Buntat buah ini merupakan salah satu koleksi peribadi saya untuk dimahar kepada sesiapa yang berminat. 

Geliga lipan



Merupakan koleksi peribadi. Untuk dimahar kepada yang berminat. Sebarang pertanyaan mengenai mahar boleh la menghubungi saya. Terima kasih.

Thursday, November 25, 2010

Minyak zafarun


Minyak zafarun ini untuk dimahar kepada sesiapa yang serius ingin memilikinya. Sebarang pertanyaan boleh lah hubungi saya. 

RM 388.70

Buluh Bertemu Ruas




Gambar diatas bukanlah rekaan semata-mata tetapi ianya benar belaka. Panjang buluh ini lebih kurang 3-4 inchi. Mempunyai khasiat tertentu yang saya sendiri kurang arif tetapi bagi yang memerlukan dan mencarinya pasti bermanfaat. Untuk dimahar kepada yang serius ingin memilikinya. Bagi yang berminat sila hubungi saya. Hanya ada satu dalam simpanan saya pada waktu ini. Siapa cepat dia dapat. Terima kasih.

RM 688.70

Buntat Kelapa



Buntat kelapa ini mempunyai khasiat dalam perubatan dan juga sebagai pelaris melalui amalan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran serta doa-doa tertentu, Wallahualam. Kita sebagai hambanya hanya mampu berusaha dan bertawakal. Dengan izin-Nya segala yang dihajatkan akan termakbul. Buntat kelapa ini untuk dimahar kepada sesiapa yang serius ingin memilikinya. Setiap pertanyaan dan rundingan mengenai mahar bolehlah hubungi saya. Siapa cepat dia dapat. Terima kasih.

RM 788.70

Telur Ayam Jantan



Telur ayam jantan ini merupakan sebahagian dari koleksi yang sekian lama saya simpan. Saiz telur ayam jantan ini adalah lebih kurang 1 inchi lebih. Bagi peminat dan penggemar koleksi unik dan mistik diluar sana pasti mengetahui khasiat-khasiatnya. Untuk dimahar kepada yang berminat. Hanya yang benar-benar serius dan jujur dialu-alukan untuk berurusan. Sebarang pertanyaan dan rundingan mengenai mahar bolehlah menghubungi saya. Siapa cepat dia dapat. First Come First Serve.Sekian, terima kasih.

RM 5888.70

Geliga Naga



Geliga naga ini diperoleh dari dalam laut semasa memukat. Khasiatnya tidak berapa saya ketahui. Tetapi pasti bermanfaat bagi yang memerlukannya. Sangat sesuai sebagai koleksi barangan mistik dan unik oleh penggemar barang mistik. Untuk dimahar kepada sesiapa yang berminat. Siapa cepat dia dapat. Hanya yang serius dan jujur amat dialu-alukan untuk berurusan bagi mengelakkan kerugian masa dan wang bagi kedua-dua pihak. Sekian, terima  kasih.

RM 16800.70

Batu Fairuz



Batu Fairuz ini hidup kerana ianya boleh membesar. Mempunyai khasiat untuk perniagaan serta pelbagai khasiat lain melalui bacaan ayat serta doa-doa tertentu, Wallahualam. Untuk dimahar kepada sesiapa yang berminat. Hanya yang serius dan benar-benar jujur dialu-alukan untuk berurusan. Terima kasih. 

RM 16800.70

Geliga Ular




Batu Geliga Ular ini telah diikat dengan cincin suasa bersaiz tangan lelaki dewasa. Telah berada dalam simpanan saya sekian lama. Mempunyai pelbagai khasiat seperti boleh menjadi penawar bisa ular, boleh bermain dengan ular dan sebagainya, Wallahualam. Setiap ciptaan-Nya pasti ada rahsia dan kegunaanya. Pasti penggemar geliga sudah arif tentang ini.Untuk dimahar kepada sesiapa yang berminat. Sekian, terima kasih.


RM 25800.70

Batu Teras Petir




Batu ini juga merupakan antara koleksi yang juga sekian lama saya simpan dan didapati turun temurun. Dikatakan mempunyai pelbagai khasiat perubatan dan pelbagai kegunaan lain bagi yang mengetahui dan mengamalkan doa tertentu, Wallahualam. Pasti lebih ramai hamba Allah diluar sana yang mempunyai pengetahuan lebih lanjut dan lebih pakar daripada saya mengenai khasiat batu ini. Koleksi ini adalah untuk dimahar. Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya. Hanya yang serius sahaja dialu-alukan.Terima kasih.

RM 8600.70

Gemunggal




Gemunggal ini merupakan turun temurun daripada keluarga yang telah sekian lama saya simpan. Dipercayai mempunyai pelbagai khasiat yang boleh diperoleh melalui bacaan doa tertentu, wallahualam. Sejauh mana kebenarannya tidaklah saya ketahui. Namun bagi pencarinya dan memerlukannya pasti ada manfaatnya. Ia juga sangat sesuai bagi penggemar koleksi cincin unik dan mistik. Sebarang pertanyaan dan rundingan mengenai mahar sila hubungi saya. Hanya yang benar-benar serius dialu-alukan.Terima kasih.

RM 28800.70

Pengenalan


Selamat sejahtera dan selamat datang diucapkan kepada tuan-tuan,
puan-puan,saudara serta saudari pengunjung blog ini yang dihormati.



Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan kurnia, kehendak serta izin-Nya 
dapatlah blog ini diwujudkan. Dengan wujudnya blog ini dapatlah saya 
berkongsi serba sedikit koleksi barangan unik dan mistik milik saya.
Sesiapa yang berminat bolehlah dipindah milik mengikut mahar
yang telah ditetapkan dan ianya amat berpatutan.
Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya. 
Hanya pembeli yang benar-benar serius sahaja yang dialu-alukan. 
Kejujuran dan ketelusan menjadi tunggak utama dalam berurusan.
Sekian,
Terima Kasih.